Monday 27 April 2015

CUTI-CUTI LANGKAWI.

Assalamualaikum semua..haaaa,,malam ni aku nak story pasal aq pergi bercuti kat langkawi masa cuti midterm..haaa,best jugak la dapat p bercuti kat sana..tenang jiwa aku jap..maklumlah stress dengan belajar..p lepas stress kat sana..

haaaa....mula2 aku sampai langkawi,aku terus pergi makan laksa power kat kawasan airport tu..katanya laksa power famous jugak la kat situ..aku p lah cuba..perhhh..memang sedapp wehh..serius sedap..rugi kalau korang p langkawi,tapi korank tak cuba laksa power tuu..haa tu gambar laksa power..melilih air liur kottt..





haaaa...kalau waktu petang aku p kat pantai cenang..pantai ni famous jugak la..ramai jugak pelancong kat sana..mat salleh pun ada kot dok jemur badan tepi pantai tu..Cantik gila pemandangan kat situ..
haaa,,ni gambar poyoi aku kat pantai cenang tu..hahahahahahha

        


Tak lupa juga cable car..kalau pergi langakwi,memang wajib naik cable car ni..rugi kot kalau tak naik..tiket dia bukanya mahal pun..mampu la nak beli tiket tu...takut kot naik cable car bagi orang yang pertama kali macam aku nih..tapi cuba jugak sebab nak rasa nikmat naik cable car ni..haaa..ni suasana naik cable car..



maka habislah pengalaman saya bercuti kat langkawi..banyak lagi sebenarnya..kalau korank p langkawi,jangan lupa pergi melawat tempat2 yang menarik yaa...byeee






Saturday 25 April 2015

FANTASI

Sungguh indah bila setiap detik dan saat dapat bersama dengan keluarga yang tersayang.Tatkala dapat bermain dengan adik-adik,dapat borak dengan ibu ayah,dapat kasih sayang daripada ibu ayah.
Sedang aku tengah melayan adik-adik, ibu masakkan makanan kegemaran kami untuk dimakan bersama.Indah bila setiap masa dapat melihat riak wajah daripada ibu ayah.

Tapi,semuanya adalah fantasi belaka..baru aku sedar yang aku sedang berjauhan dengan mereka.Semua itu angan2 tatkala aku meliht gambar mereka padahal hakikatnya aku sekarang tengah berjauhan dengan mereka untuk menuntut imu..Itulah fantasi dalam fikiranku.

Saturday 11 April 2015

KEJUJURAN

Kejujuran adalah satu amalan yang sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Sifat kejujuran ini perlu diterapkan dalam diri kita agar kita disayangi oleh orang lain. Apabila kita ada sifat kejujuran,ramai orang akan lebih percaya pada kita dengan apa yang kita katakan dan ramai yang akan lebih selsesa dengan kita.

Dalam kelas aku pun sir ada pesan supaya kami semua jujur dengannya. Jujur dari segala aspek. Lebih baik kita perkatakan dengan satu kejujuran daripada kita menipu akhirnya penipuan tu terbongkar juga. Bila sir dapat tahu penipuan yang pelajar dia buat,memang dia kena baham habis habisan lah oleh dia sampai gradd kotttt...hahahahahahahaa...Aku tak sanggup weh kena baham sampai gradd..hohohohohoohoho

REALITI

Realiti dengan kata lain dia benar-benar wujud.Dalam sebuah kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini,banyak benda yang kita laluinya dengan penuh lakonan sedangkan itulah benda realiti sebenarnya.

kadang-kadang kita selalu senyum padahal pada realitinya kita penuh dengan masalah..
kadang-kadang kita tetap tertawa sedangkan pada hakikatnya kita ingin menangis...
kadang-kadang kita tetap menjadi kuat padahal kita sudah tidak sanggup lagi untuk hadapinya..

Itulah realiti sebenarnya sebuah kehidupan yang kita selalu tempoh pada setiap masa dan sering berulang kalinya tanpa ada pengakhiranya..


nukilan,
hanif



            

Friday 10 April 2015

PERATURAN

Dimana-mana mesti ada peraturan..Nak buat sesuatun pun ada juga peraturan.Peraturan dirungkai bukan untuk sekadar tatapan,malah untuk menjadikan seseorang itu lebih berdisiplin dan untuk melahirkan seseorang yang berwawasan.Kita hendaklah mengikut peraturan yang diberi supaya kita lebih bijak dan berdisiplin ketika melakukan sesuatu urusan.

Sama lah dalam kelas aku.Kelas aplikasi komputer.Banyak peraturan yang diberi oleh sir azzwan ketika berada di dalam kelas dia..Aku tahu dia bukan sengaja nak bagi peraturan tu,tapi nak melahirkan seseorang mahasiswa yang hebat dan penuh berdisiplin.Untuk melatih mahasiswa apabila mahasiswa berada di dalam dunia kerjaya.Ikutlah peraturan yang diberi itu kerana ada kebaikan untuk kita juga.

ikhlas,
hanif



Monday 6 April 2015

KETENANGAN

Ketenangan sangat diperlukan dalam diri kita agar dapat menghindari diri kita daripada pelbagai masalah yang mendatangkan stress kepada kita.Apabila kita menghadapi masalah,mesti kita mencari satu ketenagan untuk menyelesaikan masalah tersebut..

 Tatkala aku tengah study lewat malam dalam sekitar jam 12malam,terasa satu ketenangan dalam diri aku.Dengan keadaan yang sunyi dan tiada gangguan,akan menaikkan lagi semangat aku untuk study.Tambahan lagi dengan udara yang nyaman dan sejuk,menambahkan lagi ketenangan dalam diri aku..Tengah2 siapkan esaimen sambil layan lagu,dah rasa macam tiada masalah dalam diri aku nih walaupun pelbagai masalah yang dihadapi..hahhahahaa....acah2 wat tak tau je dengan masalah tu..itulah kelebihan bila study lewat malam..

coretan,
hanif.

Thursday 2 April 2015

SABAR KUNCI KEKUATAN.

Sabar adalah kunci kepada segala sesuatu..Sikap sabar ni kita kena pupuk dalam diri kita.Supaya bila kita melakukan sesuatu urusan,kita tidak mudah mengalah dan purus asa..Orang sabar ni imanya kuat..macam aku lah..hahahahahahaha...Ya,memag diakui sabar pun kadang2 ada batas dia jugak kan..tak semestinya semua benda kita kena sabar..bila kesabaran kita tu hilang,kita boleh lepaskan kemarahan itu dan elakkan daripada endam takut jadi gila nanti..wakakkakaaa...

Bila kita orang yang penyabar,ramai yang akan minat untuk berurusan dengan kita..Dan ramai yang akan suka dengan sikap ita..Kejayaan akan datang apabila kita buat sesuatu benda itu dengan sabar kan??so,bersabarlah duhai hati dalam melakukan sesuatu kerja..slogan kata 'SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN'...teraplah sikap sabar dalam diri kita semua...semoga kita manusia yang penyabar..


coretan,
hanif