Sunday 29 March 2015

TANGGUNGJAWAB

Setiap daripada kita mesti ada tanggungjawab masing2 kan...Tetapi adakah kita memahami apa itu tanggungjawab? Setiap tanggungjawab yang dipikul besar pengorbanannya..Dalam memikul tanggungjawab,perlu ada sifat kejujuran dan kesabaran dalam melakukan sesuatu tanggungjawab itu..

Wednesday 25 March 2015

PERSAHABATAN..

Indahnya sebuah persahabatan.Mesti setiap daripada kita akan ada seorang sahabat sejati kan??Ibarat dah macam keluarga kita..ye lah,dia tempat kita meluah,dia tempat kita meminta pertolongan,dia tempat kita berkongsi masalah dan macam2 lah...kadang2 kita lebih suka berkongsi sesuatu dengan sahabat kita daripada keluarga kita kan..biasalah tu bila hidup persabatan.

Bukan senang untuk dapatkan seorang sahabat yang sejati ni...kawan memang ramai,tapi seramai kawan tu bukan semua dapat dijadikan sahabat..ya lah,ada kawan yang tikam belakang kawan dan ada juga kawan yang mempunyai perasaan hasad dengki pada kawan sendiri dan macam2 lah...

Pergaduhan dalam persabatan??biasalah tu bila buat sesuatu yang tidak disukai..Tapi aku yakin,gaduh sekejap je..satu jam selepas tu dah bertegur balik..sebab kita sayang pada sahabat kita kan??jadi,hargailah sahabat yang kita ada sekarang sebelum dia pergi meninggalkan kita..



nurkilan.
hanif

Monday 23 March 2015

ALASAN

hahahaha..dapat tema 'alasan' daripada pensyarah aku untuk kali ini..nak tahu kenapa??sebab masuk je kelas dia,mesti banyak alasan yang kami bagi..biasa la tu bila bergelar seorang pelajar,setiap apa yang dipersoalkan oleh pensyarah mesti ada alasan..bukan apa,untuk menyelamatkan diri daripada dihukum...hahahhaa...maklumlah dah besar kan??xkan nak kena hukum lagi....malu kot kalau kena hukum lagi...hakhakahak..

'Alasan' bukan sahaja diungkap dalam kelas je,kat luar pun ada ada..Kadang2 dengan kawan pun kita bagi alasan kan..contoh, 'weh,kenapa kau datang lambat? jawapan yang bagi 'alaaa,aku sakit perut lah tadi,sory ea'...hahahahaa..padahal hakikatnya memang suka lambat pun...biasa lah kita hidup ni..mesti ada je alasan dengan setiap benda yang kita lakukan kan!!!semoga alasan yang kita bagi itu munasabah untuk semua,,ahahahaa...


coretan,
hanif..


Thursday 19 March 2015

ULANG TAHUN

Setiap daripada kita mesti ada tarikh ulang tahun kan?Dan kita akan meraikan ulang tahun ni setiap tahun bila tiba masanya.Mesti kita gembira bila tibanya hari tersebut kerana tarikh itulah bemulanya kita dilahirkan di muka bumi ALLAH ini..Kerana pada hari itu jugalah jeritan pertama yang kita keluarkan..

yA..aku tahu mesti kita semua akan menanti detik2 ini kan..ye lah,mungkin hari yang kita menanti ni penuh makna untuk kita,..mungkin masa ni lah kita peluk mak ayah,cakap terima kasih mak ayah sebab dah besarkan kita dan macam2 lah..Hari ulang tahun lah detik2 yang ditunggu kita semua pada setiap tahun..Hargailah hari ini dengan penuh makna..


                    HAPPY BIRTHDAY TO ME,
                       HAPPY BIRTHDAY TO ME,,,,,,
                 HAPPY BIRTHDAY TO SYAHANIF...........
                         HAPPY BIRTHDAY TO YOU,,,,,,,,,,,


coretan,
syahanif..


                       

Monday 16 March 2015

KEHIDUPAN MATRIKULASI

Setelah tamatnya Sijil Menengah Malaysia(SPM),aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya iaitu KOLEJ MATRIKUKASI PERAK atau nama manja KMPK dalam bidang perakaunan...yaaa,memang mula2 aku gembira gila dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran..Ya lah,siapa yang tak gembira bila  dapat melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi kan??hanya orang yang bertuah je aka dapat tawaran ini..Gembira hati ni tak leh nak diungkap apabila keluarga aku bangga dengan tawaran ini..Aku hanya mampu bersyukur dengan ALLAH atas kurniaan rezeki ini..

Friday 13 March 2015

SILAP

'SILAP'..ya,semua orang pernah melakukan kesilapan kan dalam hidup dia..seperti yang kita tahu tiada manusia yang sempurna di muka bumi ni..tiada manusia yang tak akan melakukan
kesilapan...mesti akan ada juga satu kesilapan yang akan kita lakukan kan??aku pun pernah buat silap gak sepanjang aku hidup selama 20 tahun ni..alaaa,korank pun sama kan?mesti ada buat silap walaupun kecil kesilapan yang korank buat..

Banyak kesilapan yang kita pernah lakukan kan..tak terkira banyaknya..Kesilapan dengan diri sendiri lah,kesilapan dengan kawan lah,kesilapan dengan keluarga lah,kesilapan dengan cikgu lah dan macam2 lah kesilapan yang kita lakukan..Kadang2 kesilapan yang kita lakukan tu tanpa kita sedari..Kadang2 apa yang kesilapan ita lakukan tu kita sedari..Maklumlah kita tak sempurna kan..Itulah kehidupan kita yang sebenar iaitu kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan..

Monday 9 March 2015

SIAPA KITA?HAMBA ALLAH ATAU HAMBA HANDPHONE?

Realitinya begitulah, lepas solat selesai salam kedua,terus raba cari handphone,padahal tak ada benda penting pun. Atas alasan perjuangan,zikir diabaikan. Astaghfirullah..biarlah dengan handphone canggih2 menambah ketaatan kepada Allah s.w.t, bukan mengheret kita lalai kepada-Nya.

Ya Allah ampunilah dosa kami yang mempunyai handphone kerana kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah,kami lebih banyak pegang handphone daripada bertasbih,kami lebih banyak lihat handphone daripada lihat wajah ibu bapa,kami lebih banyak baca sms daripada baca al-quran, kami sering  menelefon kekasih daripada menelefon ibubapa.

Guru yang masyhur berkata;’ jika handphone itu menyebabkan kamu lalai hingga orang azan kamu masih dengannya, hingga ia menjadi permainan saat berada dalam majlis ilmu dihadapan gurumu,hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya, hingga zikir kamu berkurang kerana adanya ia, hingga al-quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu terlalu asyik dengannya, sedangkan kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu maka buanglah ia dalam hidupmu kerana ia adalah alat untuk kamu lalai disamping menjauhkan diri dari Tuhanmu.

Ya Allah ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini dan semoga hadphone yang kami miliki ini dapat di gunakan sebagai ibadah untuk lebih mendekatkan diri kepada Mu Ya Allah.
Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari tuhannya.Bukan salah handphone itu tetapi salah kamu kerana tidak dapat menjauhkan handphone daripada alat pada syaitan untuk menyesatkan kamu.


Akhir sekali, sama-sama kita muhasabah diri dan Tanya diri kita balik siapa kita dan adakah kita hamba Allah atau hamba handphone? Tepuk dada Tanya iman..

renungan sebelum tidur,
syahanif

SAHABAT

Assalamualaikum..
Semua orang mesti ada paling kurang pun seorang kawan yang dia akan sharing semuanya dengan kawan tu..yang paling memahami. dan yang boleh kenal semua riak wajah kita..so tak payah nak tipu lah pada kawan kita yang kita happy dengan sesuatu benda sedangkan kawan kita tahu yang sebenarnya kita dalam keadaan sedih.

Tapi..kekadang tu ada la jugak salah faham..biasalah kita manusia..bermasam muka ..tak bercakap..tak bertegur..memang sedih sangat..menangis kot..tapi kita takkan biarkan hubungan tu lagi renggang kan..kita tetap akan cari cara untuk baik balik seperti sebelum ni kan...Alhamdulillah..
Bila kita jatuh..dia sentiasa support..bila kita sedih..dia menangis..bila kita senyum..dia pon nak senyum jugak..Subhanallah..indah sangat ukhwah tu.. taknak ukhwah tu hanya di dunia..harap kita dapat bersahabat sampai ke syurga..terima kasih Ya Allah..


Kekadang aku leka..aku lalai..aku jauh..pimpin lah tangan aku..agar aku tak lagi jauh dari Allah.. jangan tinggal aku waktu aku sangat perlukan sokongan..sebab aku tak tabah sangat..:) Nampak je macam kuat..kekadang aku rebah jugak..suka dapat jadi kawan kau..bersyukur sebab kau jadi kawan aku..ana uhibbuki fillah :’)..  kita kawan smpai syurga ya ..=) 

ikhlas,
syahanif.

Thursday 5 March 2015

ME

'ME' dengan maksud lain 'SAYA'. Jadi saya akan cerita serba sedikit tentang diri saya. Nama saya SYAHANIF BIN DAUD. Tapi kawan2 saya panggil  hanif dan ada juga yang panggil saya anip. Sama je tapi bunyi yang lain. Saya berasal dari negeri kelantan dan dibesarkan di negeri tersebut. Saya anak ke-7 daripada 10 orang adik beradik. Saya bongsu lelaki dalam kelurga saya. Nak kata saya manja,tak juga. Tapi kadang2 ada la juga niat nak manja2 tu. Biasalah nak dapat kasih sayang kan. Saya suka makan 'nasi kerabu' kerana nasi kerabu unik dan sangat sedap tambah2 apabila dimakan dengan 'BUDU'. Biasalah saya anak kelahiran kelantan dan memang setia bersama budu.Kata orang kelantan ni kalau makan nasi tanpa budu  tak lengkap dan tidak mendapat kepuasan ketika makan tu. hehehe.Bagi pendapat saya lah.

Setelah tamat SPM,saya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu KOLEJ MATRIKULAS PERAK dan kini saya menuntut ilmu di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM) dalam bidang ekonomi.Pasal cita2 saya?Semasa sekolah menengah dulu,saya tanam dalam diri saya nak jadi seorang akauntan. Saya tak tahu kenapa saya minat untuk jadi seorang akauntan sedangkan pada masa itu saya belajar dalam aliran sains dan saya tidak disentuh sedikit pun pasal perakaunan.Oleh kerana minat yang sangat mendalam kepada perakaunan,saya cabar diri saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini bermula dari matrikulasi.Memang mula2 saya menangis juga bila belajar ilmu ini kerana saay bermula dengan kosong dan banyak juga istilah perakaunan yang saya tidak faham. dan alhamdulilah sekarang saya sudah tahu serba sedikit pasal ilmu perakaunan ini. Saya cuma berdoa supaya cita2 saya tercapai suatu hari nanti.

tulus ikhlas,
syahanif