Wednesday 3 June 2015

KASIH SAYANG

Kasih sayang???haaaa,,,aku taw semua daripda kita memerlukan kasih sayang kan?Kaih sayang daripapa ibu bapa terutamanya,kasih sayang daripada keluarga,cikgu dan pensyarah dan kawan-kawan di sekeliling kita..Tanpa kasih sayang takkan jadi seorang insan yang berguna kan??Kita boleh lihat sekarang,kawan-kawan kita yang kurang kasih sayang terutama kurang kasih sayang  daripada keluarga,hidup mereka tak tentu hala kan...Macam-macam perkara negatif yang mereka lakukan...

Haaaaa...kasih sayang, kasih sayang jugak..Tapi kena berpada-pada lah kan..Terlebih kasih sayang tak boleh jugak wehh..nanti manjaaa sangat..hahahahahahahaa...Manja-manja ni aku tak suka wehhh..hahahahahaa..Itulah lumrah kehidupan  kita kan..hanya berharap kasih sayang secukupnya daripada orang yang penting untuk kita...Jadi,berkasih sayanglah antara kita...yeayhhhhhh...

Tuesday 2 June 2015

AKHIRNYA

Akhirnya.....Tamat lah sudah kuliah untuk semester ini selama 14 minggu aku lalui bersama-sama kawan-kawan aku.Apabila kuliah tamat,maka semuanya pun habis terutama esaimen yang buat aku stres...pembentangan pun dah takde..hahahahaaaaaa..ni yang buat ramai pelajar akan rasa bahagia.

Haaa..tapi dalam pada itu,hati sebak juga nak meninggalkan kuliah ini tertutama subjek APLIKASI KOMPUTER ni..Sedih kott nak tinggal kelas ni..Banyak input yang dapat tambah2 sir azzwan yang penyayang orangnya..Mesti lepas ni aku rindu kelas ni.Rindu dengan carutan-carutan dalam kelas.Rindu nak kena maki hamun..Rindu nak kena ejek-ejek dan rindulah semuanya..hahahahahahahaaa...

Berharap lepas ini jumpa lagi kita dalam kelas yang sama..Bukan untuk repeat,tapi untuk subjek yang seterusnya..hahahahahaaa...Aku taknak repeat wehhh...Hahahaaa..kEsungguhan yang kita lalaui banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar...hahahahahaa....Mesti rindu antara satau sama lain kan??huwaaaaaa....sebak wehhhh..serius nak nangis nii.......

Setakat ini saja kupasan dari aku malam ni..nanti aku belanja gambar kami naaa..kami satu geng kelas APLIKASI KOMPUTER..nanti korank tengok la sir azzwan yang hensem tuuu....jangan marah sir..puji kann....huwaaaaa....Btw,goodluck untu final semua..hope korank semua berjaya wehh..Jadikan perjuangan kita selama 14 minggu  ni kenangan antara kita..Yeayhhhh...berjaya jugakk akhirnya...wakakakakakaa





Wednesday 27 May 2015

SAAT AKHIR

Aq hampir ke penghujungnya untuk semester ini.Lagi dua minggu kuliah sebelum aku menduduki peperiksaan akhir.Semakin cepat masa berlalu sekarang sampai sedar tidak sedar kuliah sudah menghampiri ke penghujungnya.Dan ini bermakna lepas ini jarang dah dapat jumpa dengan pensyarah dalam kelas nanti.

Rindu akan bertakhta dalam hati ini terutama subjek aplikasi komputer.Sebab sir azzwan ni baik orangnya.Dapat memikat hati pelajar kott..Serius sir aku ni hebat orangnya,.hahahahahaa..Lepas ni dah tak leh nak gelak dah dengan sir aku ni.Dah tak leh nak gurau-gurau.Nanti lepas ni aku mesti rindu kata-kata sir aku."Dalam kelas ni,anip la paling aku benci"hahahahahahahahaaa...tapi aku tahu,itu kata-kata dengan penuh kasih sayang..kan sir??hahahahhaa...TERIMA KASIH ATAS SEMUA ILMU YANG DICURAHKAN.JASAMU AKAN DIKENANG..Nanti jumpa lagi dalam kelas lain dengan subjek lain yaaa..hehehehehe

Monday 25 May 2015

PEMBENTANGAN POWER POINT

Minggu lepas,hari jumaat kelas aku kena buat pembentangan power point bagi subjek aplikasi komputer.perhhhhhhh...ini lah salah satu esaimen yang paling hebat dan paling dasyat.Macam-macam aku belajar daripada menyiapkan esaimen ini.

Sir kami dah bagi awal-awal lagi esaimen ini..hampir 10 minggu sebelum pembentngan dilangsungkan..Tapi faham-fahm la pelajar kan,suka sangat buat kerja saat-saat akhir.Lepas itu adalah cacat cela nya bila nak buat pembentangan tu..Serius weh kalut gila bila buat kerja saat-saat akhir..JANGAN TIRU prangai kami eh.hahahahahaa

Haaa,masa pembentangan tu,group aku dah bersedia dah..Dengan pakaian kemas dan rapi lagi..hahahaa..Dan tiba nya giliran kami nak bentang,masalah teknikal pula berlaku..hahahaa..yang ini menguji tahap kesabaran kami semua..Tapi alhamdulillah semua boleh baiki dengan jayanya..Apa-apa un tahniah untuk semua kerana kita telah berjaya dengan pembentangan ini..YEEEAAYHHHHHHHHHH..

Wednesday 20 May 2015

LAWATAN KE BANK NEGARA

Hari ini budak fakulti aku mengadakan lawatan ke Bank Negara dibawah subjek makroekonomi.Kami pergi sana untuk dengar taklimat tentang makroekonomi.Biasalah bila belajar ekonomi,semua benda kena tahu tentang negara kita dan negara luar.

Haaa..inilah kali pertama aku jejak kaki ke Bank Negara..hahahahaaa..maklumlah baru dapat keluar dari negeri.Menarik juga pemandangan Bank Negara ini.Kawasan dia pun luas..Macam-macam kemudahan yang disediakan..Bangunan pula tinggi-tinggi dibina.Pening juga kepala aku bila pertama kali masuk dalam..Rasa macam tertarik pula dengan tempat itu.hahahahaa..Aku pun mula angan-angan bahawa satu hari nanti aku akan kerja dekat situ..AMIN..doakan untuk aku ya supaya cita-cita aku tercapai..TERIMA KASIH..

AMALI MAKMAL

Haaaa..malam ni aku nak cerita pasal amali makmal bagi subjek aplikasi komputer.Minggu lepas aku ada test  buat microsoft access.Test ini boleh tahan sebab sir kami mantapkan ilmu ini dulu kepada kami sebelum test ni dijalankan..Biasalah sir azzwan memang penyayang dan baik orangnya..

Haaa..labtest minggu lepas kira ok sebab senang la juga.Tapi,bila nak submit labtest tu,hmmmmmmm...bukan main susah..susah bukan apa,wifi punya fakulti ni lembap..ahahahahahaahaa...Tapi,nasib baik aku dapat submit juga sebelum masa tamat..

Macam-macam tindakan kami semua masa jawab labtest tu..Siapa yang bawa nota,memang bertuah la sebab dia boleh rujuk nota..Bagi yang tiada nota???hahahahaa..sedih kan..Sampai ada yang menangis jawab labtest minggu lepas..Biasalah kan benda ni...Apa yang penting,memang banyak kami belajar dari semua ini..

Thursday 14 May 2015

KEYAKINAN

Keyakinan sangat penting dalam diri kita.Kita kena terapkan sikap keyakinan ini dalam diri kita untuk berjaya pada masa depan.Kita kena yakin dengan setiap keputusan yang kita buat.Kita juga kena yakin dengan pelbagai sesutu urusan.Apabila keyakinan itu ada,barulah sesuatu urusan yang kita buat berjalan dengan lancar.

Sikap keyakinan juga boleh membantu kita untuk lebih yakin apabila berkomunikasi dengan seseorang.Sebagai seorang pelajar,kita kena ada keyakinan apabila membentangkan sesuatu projek sama ada dalam kelas atau luar kelas.Apabila adanya keyakinan,barulah orang akan memandang kita dengan satu kehebatan..Maka,teraplah sifat keyakinan ini..

Tuesday 12 May 2015

KEHEBATAN

Kehebatan???Semua orang merasakan diri dia hebat kan??semua orang beranggapan diri dia ganas...
padahal pada hakikatnya tidak lah sehebat sangat..Hebat dari segi angan-angan dan mainan mimpi je..

Orang yang hebat adalah orang yang luar biasa..Orang yang lain daripada orang lain..Inilah dikatan kehebatan seseoarang tu..Hebat tak semestinya mempunya wang berjuta-juta..Hebat juga tidak semestinya mempunyai ijazah sarjana muda..Hebat juga tidak semestinya mempunyai badan yang besar..Hebat ni boleh dikategorikan dalam pelbagi aspek yang kita boleh lihat..

Orang yang hebat ialah orang yang mempunyai sesuatu lain daripada yang lain..Oleh itu,nak jadi hebat,jom kita cari kekuatan dan keemahan diri kita untuk dibandingkan dengan orang lain..


Friday 8 May 2015

GAGAL BUKAN BERERTI KEKALAHAN

GAGAL???Kita semua pernah alami kegagalan bila membuat sesuatu kan??Ya,aku pun  pernah gagal..Sebagai student,kita pernah gagal dalam pelajaran..Kita juga pernah gagal dalam mengatur sesuatu kerja..Banyak benda yang kita buat kemungkinan lebih gagal daripada berjaya kan??biasaaaa laaa...itu lumrah...

Tapi,kegagalan yang kita alami itu bukan bererti kita kalah..dan juga bukan bererti kita gagal selama-lamanya..Sedar tak sedar,bermula dari sebuah kegagalan,baru kita sedar akan sebuah kebangkitan..Bermula dari kegagalan juga,baru kita sedar erti sebuah kejayaan..Dari kegagalan,kita akan lebih memotivasi untuk terus melangak supaya dapat mengejar satu kejayaan yang bakal diimpikan..

Hebatnya bagi orang yang menyedari akan kegagalan bukan untuk selama-lamanya..INGAT!!!Gagal bukan erti sebuah kekalahan..Bagi orang yang pernah gagal,janagn putus asa..terus melangak untuk mencapai sebuah kejayaan..

Wednesday 6 May 2015

10

Haaa tema kali ini ialah 10...10??apa yang special 10 ni??haaa,10 ni bagi aku adalah satu angka nombor yang sangat hebat dan sangat bermakna kerana tarikh lahir aq pada angka 10 iaitu 10 MAC..hahahhaahaa..kalau sesiapa sebut je nombor 10,aku terus ingat itu adalah tarikh lahir aku...hahahaha...

10 juga hebat kerana jari tangan kita pun ada 10..kalau kita nak ajar adik-adik kita membilang nombor,mesti kita akan guna jari tangan kan sebagai simbol dan mesti akan sampai 10 je..maklumlah sampai 10 je termampu..

Itulah kehebatan 10 bagi aku..Disebalik tema yang sir bagi kali nihh,rupanya hebat dan ganas bagi aku..hahahahahahahaa...pandai jugak sir pilih tema niii...TAHNIAH...hahahahahaha

PENAT

Penat??semua orang akan ada perasaan penat..penat buat sesuatu kerja sama ada kerja berat atau kerja ringan.Penat tidak semestinya berlari sejauh 10km..Penat boleh dibahagi kepada pelbagai kategori..Dan apabila kita merasa penat,mulalah kita mengeluh dan merungut dalam melakukan sesuatu kerja tersebut.

Aku sebagai seorang pelajar pun ada juga rasa penat..Penat bila kelas pagi sampai petang dan penat dengan esaiment yang banyak...hahahahahahaa...Memang tak dpat dinafikan bila kehidupan sebagai seorang pelajar akan rasa semua ni.

.Sebenarnya,perasaan penat hadir bila kita buat sesuatu kerja dengan tidak ikhlas dan juga buat sesuatu kerja sambil lewa..Cuba ada kesungguhan dalam diri..Aku yakin perasaan penat ini dapat dikawal..

Monday 4 May 2015

LAMBAT

Sikap lambat sering diamalkan oleh generasi sekarang kan termasuk aku..Aku pun hairan kenapa generasi suka melambatkan dalam melakukan sesuatu urusan..Aku sebagai pelajar pun suka lambat ke kelas,lambat buat kerja yang pensyarah bagi dan macam-macam lah..

Sebenarnya sikap lambat ini tak elok jika diamalkan berterusan..Ini akan menyusahkan kepada diri kita sendiri..Contoh kalau kita lambat ke kelas,kita akan ketinggalan apa yang cikgu ajarkan...Harap lepas ni aku dan korank semua dah buang tabiat ni agar kita berjaya untuk masa depan dan lebih berdisiplin lagi...JOM BUANG TABIAT LAMBAT!!!!!!

Monday 27 April 2015

CUTI-CUTI LANGKAWI.

Assalamualaikum semua..haaaa,,malam ni aku nak story pasal aq pergi bercuti kat langkawi masa cuti midterm..haaa,best jugak la dapat p bercuti kat sana..tenang jiwa aku jap..maklumlah stress dengan belajar..p lepas stress kat sana..

haaaa....mula2 aku sampai langkawi,aku terus pergi makan laksa power kat kawasan airport tu..katanya laksa power famous jugak la kat situ..aku p lah cuba..perhhh..memang sedapp wehh..serius sedap..rugi kalau korang p langkawi,tapi korank tak cuba laksa power tuu..haa tu gambar laksa power..melilih air liur kottt..





haaaa...kalau waktu petang aku p kat pantai cenang..pantai ni famous jugak la..ramai jugak pelancong kat sana..mat salleh pun ada kot dok jemur badan tepi pantai tu..Cantik gila pemandangan kat situ..
haaa,,ni gambar poyoi aku kat pantai cenang tu..hahahahahahha

        


Tak lupa juga cable car..kalau pergi langakwi,memang wajib naik cable car ni..rugi kot kalau tak naik..tiket dia bukanya mahal pun..mampu la nak beli tiket tu...takut kot naik cable car bagi orang yang pertama kali macam aku nih..tapi cuba jugak sebab nak rasa nikmat naik cable car ni..haaa..ni suasana naik cable car..



maka habislah pengalaman saya bercuti kat langkawi..banyak lagi sebenarnya..kalau korank p langkawi,jangan lupa pergi melawat tempat2 yang menarik yaa...byeee






Saturday 25 April 2015

FANTASI

Sungguh indah bila setiap detik dan saat dapat bersama dengan keluarga yang tersayang.Tatkala dapat bermain dengan adik-adik,dapat borak dengan ibu ayah,dapat kasih sayang daripada ibu ayah.
Sedang aku tengah melayan adik-adik, ibu masakkan makanan kegemaran kami untuk dimakan bersama.Indah bila setiap masa dapat melihat riak wajah daripada ibu ayah.

Tapi,semuanya adalah fantasi belaka..baru aku sedar yang aku sedang berjauhan dengan mereka.Semua itu angan2 tatkala aku meliht gambar mereka padahal hakikatnya aku sekarang tengah berjauhan dengan mereka untuk menuntut imu..Itulah fantasi dalam fikiranku.

Saturday 11 April 2015

KEJUJURAN

Kejujuran adalah satu amalan yang sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Sifat kejujuran ini perlu diterapkan dalam diri kita agar kita disayangi oleh orang lain. Apabila kita ada sifat kejujuran,ramai orang akan lebih percaya pada kita dengan apa yang kita katakan dan ramai yang akan lebih selsesa dengan kita.

Dalam kelas aku pun sir ada pesan supaya kami semua jujur dengannya. Jujur dari segala aspek. Lebih baik kita perkatakan dengan satu kejujuran daripada kita menipu akhirnya penipuan tu terbongkar juga. Bila sir dapat tahu penipuan yang pelajar dia buat,memang dia kena baham habis habisan lah oleh dia sampai gradd kotttt...hahahahahahahaa...Aku tak sanggup weh kena baham sampai gradd..hohohohohoohoho

REALITI

Realiti dengan kata lain dia benar-benar wujud.Dalam sebuah kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini,banyak benda yang kita laluinya dengan penuh lakonan sedangkan itulah benda realiti sebenarnya.

kadang-kadang kita selalu senyum padahal pada realitinya kita penuh dengan masalah..
kadang-kadang kita tetap tertawa sedangkan pada hakikatnya kita ingin menangis...
kadang-kadang kita tetap menjadi kuat padahal kita sudah tidak sanggup lagi untuk hadapinya..

Itulah realiti sebenarnya sebuah kehidupan yang kita selalu tempoh pada setiap masa dan sering berulang kalinya tanpa ada pengakhiranya..


nukilan,
hanif



            

Friday 10 April 2015

PERATURAN

Dimana-mana mesti ada peraturan..Nak buat sesuatun pun ada juga peraturan.Peraturan dirungkai bukan untuk sekadar tatapan,malah untuk menjadikan seseorang itu lebih berdisiplin dan untuk melahirkan seseorang yang berwawasan.Kita hendaklah mengikut peraturan yang diberi supaya kita lebih bijak dan berdisiplin ketika melakukan sesuatu urusan.

Sama lah dalam kelas aku.Kelas aplikasi komputer.Banyak peraturan yang diberi oleh sir azzwan ketika berada di dalam kelas dia..Aku tahu dia bukan sengaja nak bagi peraturan tu,tapi nak melahirkan seseorang mahasiswa yang hebat dan penuh berdisiplin.Untuk melatih mahasiswa apabila mahasiswa berada di dalam dunia kerjaya.Ikutlah peraturan yang diberi itu kerana ada kebaikan untuk kita juga.

ikhlas,
hanif



Monday 6 April 2015

KETENANGAN

Ketenangan sangat diperlukan dalam diri kita agar dapat menghindari diri kita daripada pelbagai masalah yang mendatangkan stress kepada kita.Apabila kita menghadapi masalah,mesti kita mencari satu ketenagan untuk menyelesaikan masalah tersebut..

 Tatkala aku tengah study lewat malam dalam sekitar jam 12malam,terasa satu ketenangan dalam diri aku.Dengan keadaan yang sunyi dan tiada gangguan,akan menaikkan lagi semangat aku untuk study.Tambahan lagi dengan udara yang nyaman dan sejuk,menambahkan lagi ketenangan dalam diri aku..Tengah2 siapkan esaimen sambil layan lagu,dah rasa macam tiada masalah dalam diri aku nih walaupun pelbagai masalah yang dihadapi..hahhahahaa....acah2 wat tak tau je dengan masalah tu..itulah kelebihan bila study lewat malam..

coretan,
hanif.

Thursday 2 April 2015

SABAR KUNCI KEKUATAN.

Sabar adalah kunci kepada segala sesuatu..Sikap sabar ni kita kena pupuk dalam diri kita.Supaya bila kita melakukan sesuatu urusan,kita tidak mudah mengalah dan purus asa..Orang sabar ni imanya kuat..macam aku lah..hahahahahahaha...Ya,memag diakui sabar pun kadang2 ada batas dia jugak kan..tak semestinya semua benda kita kena sabar..bila kesabaran kita tu hilang,kita boleh lepaskan kemarahan itu dan elakkan daripada endam takut jadi gila nanti..wakakkakaaa...

Bila kita orang yang penyabar,ramai yang akan minat untuk berurusan dengan kita..Dan ramai yang akan suka dengan sikap ita..Kejayaan akan datang apabila kita buat sesuatu benda itu dengan sabar kan??so,bersabarlah duhai hati dalam melakukan sesuatu kerja..slogan kata 'SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN'...teraplah sikap sabar dalam diri kita semua...semoga kita manusia yang penyabar..


coretan,
hanif

Sunday 29 March 2015

TANGGUNGJAWAB

Setiap daripada kita mesti ada tanggungjawab masing2 kan...Tetapi adakah kita memahami apa itu tanggungjawab? Setiap tanggungjawab yang dipikul besar pengorbanannya..Dalam memikul tanggungjawab,perlu ada sifat kejujuran dan kesabaran dalam melakukan sesuatu tanggungjawab itu..

Wednesday 25 March 2015

PERSAHABATAN..

Indahnya sebuah persahabatan.Mesti setiap daripada kita akan ada seorang sahabat sejati kan??Ibarat dah macam keluarga kita..ye lah,dia tempat kita meluah,dia tempat kita meminta pertolongan,dia tempat kita berkongsi masalah dan macam2 lah...kadang2 kita lebih suka berkongsi sesuatu dengan sahabat kita daripada keluarga kita kan..biasalah tu bila hidup persabatan.

Bukan senang untuk dapatkan seorang sahabat yang sejati ni...kawan memang ramai,tapi seramai kawan tu bukan semua dapat dijadikan sahabat..ya lah,ada kawan yang tikam belakang kawan dan ada juga kawan yang mempunyai perasaan hasad dengki pada kawan sendiri dan macam2 lah...

Pergaduhan dalam persabatan??biasalah tu bila buat sesuatu yang tidak disukai..Tapi aku yakin,gaduh sekejap je..satu jam selepas tu dah bertegur balik..sebab kita sayang pada sahabat kita kan??jadi,hargailah sahabat yang kita ada sekarang sebelum dia pergi meninggalkan kita..



nurkilan.
hanif

Monday 23 March 2015

ALASAN

hahahaha..dapat tema 'alasan' daripada pensyarah aku untuk kali ini..nak tahu kenapa??sebab masuk je kelas dia,mesti banyak alasan yang kami bagi..biasa la tu bila bergelar seorang pelajar,setiap apa yang dipersoalkan oleh pensyarah mesti ada alasan..bukan apa,untuk menyelamatkan diri daripada dihukum...hahahhaa...maklumlah dah besar kan??xkan nak kena hukum lagi....malu kot kalau kena hukum lagi...hakhakahak..

'Alasan' bukan sahaja diungkap dalam kelas je,kat luar pun ada ada..Kadang2 dengan kawan pun kita bagi alasan kan..contoh, 'weh,kenapa kau datang lambat? jawapan yang bagi 'alaaa,aku sakit perut lah tadi,sory ea'...hahahahaa..padahal hakikatnya memang suka lambat pun...biasa lah kita hidup ni..mesti ada je alasan dengan setiap benda yang kita lakukan kan!!!semoga alasan yang kita bagi itu munasabah untuk semua,,ahahahaa...


coretan,
hanif..


Thursday 19 March 2015

ULANG TAHUN

Setiap daripada kita mesti ada tarikh ulang tahun kan?Dan kita akan meraikan ulang tahun ni setiap tahun bila tiba masanya.Mesti kita gembira bila tibanya hari tersebut kerana tarikh itulah bemulanya kita dilahirkan di muka bumi ALLAH ini..Kerana pada hari itu jugalah jeritan pertama yang kita keluarkan..

yA..aku tahu mesti kita semua akan menanti detik2 ini kan..ye lah,mungkin hari yang kita menanti ni penuh makna untuk kita,..mungkin masa ni lah kita peluk mak ayah,cakap terima kasih mak ayah sebab dah besarkan kita dan macam2 lah..Hari ulang tahun lah detik2 yang ditunggu kita semua pada setiap tahun..Hargailah hari ini dengan penuh makna..


                    HAPPY BIRTHDAY TO ME,
                       HAPPY BIRTHDAY TO ME,,,,,,
                 HAPPY BIRTHDAY TO SYAHANIF...........
                         HAPPY BIRTHDAY TO YOU,,,,,,,,,,,


coretan,
syahanif..


                       

Monday 16 March 2015

KEHIDUPAN MATRIKULASI

Setelah tamatnya Sijil Menengah Malaysia(SPM),aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya iaitu KOLEJ MATRIKUKASI PERAK atau nama manja KMPK dalam bidang perakaunan...yaaa,memang mula2 aku gembira gila dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran..Ya lah,siapa yang tak gembira bila  dapat melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi kan??hanya orang yang bertuah je aka dapat tawaran ini..Gembira hati ni tak leh nak diungkap apabila keluarga aku bangga dengan tawaran ini..Aku hanya mampu bersyukur dengan ALLAH atas kurniaan rezeki ini..

Friday 13 March 2015

SILAP

'SILAP'..ya,semua orang pernah melakukan kesilapan kan dalam hidup dia..seperti yang kita tahu tiada manusia yang sempurna di muka bumi ni..tiada manusia yang tak akan melakukan
kesilapan...mesti akan ada juga satu kesilapan yang akan kita lakukan kan??aku pun pernah buat silap gak sepanjang aku hidup selama 20 tahun ni..alaaa,korank pun sama kan?mesti ada buat silap walaupun kecil kesilapan yang korank buat..

Banyak kesilapan yang kita pernah lakukan kan..tak terkira banyaknya..Kesilapan dengan diri sendiri lah,kesilapan dengan kawan lah,kesilapan dengan keluarga lah,kesilapan dengan cikgu lah dan macam2 lah kesilapan yang kita lakukan..Kadang2 kesilapan yang kita lakukan tu tanpa kita sedari..Kadang2 apa yang kesilapan ita lakukan tu kita sedari..Maklumlah kita tak sempurna kan..Itulah kehidupan kita yang sebenar iaitu kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan..

Monday 9 March 2015

SIAPA KITA?HAMBA ALLAH ATAU HAMBA HANDPHONE?

Realitinya begitulah, lepas solat selesai salam kedua,terus raba cari handphone,padahal tak ada benda penting pun. Atas alasan perjuangan,zikir diabaikan. Astaghfirullah..biarlah dengan handphone canggih2 menambah ketaatan kepada Allah s.w.t, bukan mengheret kita lalai kepada-Nya.

Ya Allah ampunilah dosa kami yang mempunyai handphone kerana kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah,kami lebih banyak pegang handphone daripada bertasbih,kami lebih banyak lihat handphone daripada lihat wajah ibu bapa,kami lebih banyak baca sms daripada baca al-quran, kami sering  menelefon kekasih daripada menelefon ibubapa.

Guru yang masyhur berkata;’ jika handphone itu menyebabkan kamu lalai hingga orang azan kamu masih dengannya, hingga ia menjadi permainan saat berada dalam majlis ilmu dihadapan gurumu,hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya, hingga zikir kamu berkurang kerana adanya ia, hingga al-quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu terlalu asyik dengannya, sedangkan kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu maka buanglah ia dalam hidupmu kerana ia adalah alat untuk kamu lalai disamping menjauhkan diri dari Tuhanmu.

Ya Allah ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini dan semoga hadphone yang kami miliki ini dapat di gunakan sebagai ibadah untuk lebih mendekatkan diri kepada Mu Ya Allah.
Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari tuhannya.Bukan salah handphone itu tetapi salah kamu kerana tidak dapat menjauhkan handphone daripada alat pada syaitan untuk menyesatkan kamu.


Akhir sekali, sama-sama kita muhasabah diri dan Tanya diri kita balik siapa kita dan adakah kita hamba Allah atau hamba handphone? Tepuk dada Tanya iman..

renungan sebelum tidur,
syahanif

SAHABAT

Assalamualaikum..
Semua orang mesti ada paling kurang pun seorang kawan yang dia akan sharing semuanya dengan kawan tu..yang paling memahami. dan yang boleh kenal semua riak wajah kita..so tak payah nak tipu lah pada kawan kita yang kita happy dengan sesuatu benda sedangkan kawan kita tahu yang sebenarnya kita dalam keadaan sedih.

Tapi..kekadang tu ada la jugak salah faham..biasalah kita manusia..bermasam muka ..tak bercakap..tak bertegur..memang sedih sangat..menangis kot..tapi kita takkan biarkan hubungan tu lagi renggang kan..kita tetap akan cari cara untuk baik balik seperti sebelum ni kan...Alhamdulillah..
Bila kita jatuh..dia sentiasa support..bila kita sedih..dia menangis..bila kita senyum..dia pon nak senyum jugak..Subhanallah..indah sangat ukhwah tu.. taknak ukhwah tu hanya di dunia..harap kita dapat bersahabat sampai ke syurga..terima kasih Ya Allah..


Kekadang aku leka..aku lalai..aku jauh..pimpin lah tangan aku..agar aku tak lagi jauh dari Allah.. jangan tinggal aku waktu aku sangat perlukan sokongan..sebab aku tak tabah sangat..:) Nampak je macam kuat..kekadang aku rebah jugak..suka dapat jadi kawan kau..bersyukur sebab kau jadi kawan aku..ana uhibbuki fillah :’)..  kita kawan smpai syurga ya ..=) 

ikhlas,
syahanif.

Thursday 5 March 2015

ME

'ME' dengan maksud lain 'SAYA'. Jadi saya akan cerita serba sedikit tentang diri saya. Nama saya SYAHANIF BIN DAUD. Tapi kawan2 saya panggil  hanif dan ada juga yang panggil saya anip. Sama je tapi bunyi yang lain. Saya berasal dari negeri kelantan dan dibesarkan di negeri tersebut. Saya anak ke-7 daripada 10 orang adik beradik. Saya bongsu lelaki dalam kelurga saya. Nak kata saya manja,tak juga. Tapi kadang2 ada la juga niat nak manja2 tu. Biasalah nak dapat kasih sayang kan. Saya suka makan 'nasi kerabu' kerana nasi kerabu unik dan sangat sedap tambah2 apabila dimakan dengan 'BUDU'. Biasalah saya anak kelahiran kelantan dan memang setia bersama budu.Kata orang kelantan ni kalau makan nasi tanpa budu  tak lengkap dan tidak mendapat kepuasan ketika makan tu. hehehe.Bagi pendapat saya lah.

Setelah tamat SPM,saya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu KOLEJ MATRIKULAS PERAK dan kini saya menuntut ilmu di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM) dalam bidang ekonomi.Pasal cita2 saya?Semasa sekolah menengah dulu,saya tanam dalam diri saya nak jadi seorang akauntan. Saya tak tahu kenapa saya minat untuk jadi seorang akauntan sedangkan pada masa itu saya belajar dalam aliran sains dan saya tidak disentuh sedikit pun pasal perakaunan.Oleh kerana minat yang sangat mendalam kepada perakaunan,saya cabar diri saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini bermula dari matrikulasi.Memang mula2 saya menangis juga bila belajar ilmu ini kerana saay bermula dengan kosong dan banyak juga istilah perakaunan yang saya tidak faham. dan alhamdulilah sekarang saya sudah tahu serba sedikit pasal ilmu perakaunan ini. Saya cuma berdoa supaya cita2 saya tercapai suatu hari nanti.

tulus ikhlas,
syahanif