Sunday 29 March 2015

TANGGUNGJAWAB

Setiap daripada kita mesti ada tanggungjawab masing2 kan...Tetapi adakah kita memahami apa itu tanggungjawab? Setiap tanggungjawab yang dipikul besar pengorbanannya..Dalam memikul tanggungjawab,perlu ada sifat kejujuran dan kesabaran dalam melakukan sesuatu tanggungjawab itu..


Aku salah seorang pelajar yang masih lagi menuntut ilmu dan mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menuntut ilmu.Aku diamanahkan oleh ibu dan ayah aku serta keluarga aku supaya masuk universiti menuntut ilmu dan bukan membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah..Walaupun sibuk dalam pelajaran,kita juga tidak seharusnya melupakan tanggungjawab kita dengan ALLAH s.w.t dan juga tanggungjawab kepada ibu dan ayah kita sebagai seorang anak..

Besar tanggungjawab yang dipikul,ia dapat melatih kita menjadi seorang insan yang berguna dan seorang insan yang hebat di mata dunia..Hargai tanggungjawab yang diberi bukan merosakkan tanggungjawab itu..





nurkilan,
hanif.

No comments:

Post a Comment