Thursday 5 March 2015

ME

'ME' dengan maksud lain 'SAYA'. Jadi saya akan cerita serba sedikit tentang diri saya. Nama saya SYAHANIF BIN DAUD. Tapi kawan2 saya panggil  hanif dan ada juga yang panggil saya anip. Sama je tapi bunyi yang lain. Saya berasal dari negeri kelantan dan dibesarkan di negeri tersebut. Saya anak ke-7 daripada 10 orang adik beradik. Saya bongsu lelaki dalam kelurga saya. Nak kata saya manja,tak juga. Tapi kadang2 ada la juga niat nak manja2 tu. Biasalah nak dapat kasih sayang kan. Saya suka makan 'nasi kerabu' kerana nasi kerabu unik dan sangat sedap tambah2 apabila dimakan dengan 'BUDU'. Biasalah saya anak kelahiran kelantan dan memang setia bersama budu.Kata orang kelantan ni kalau makan nasi tanpa budu  tak lengkap dan tidak mendapat kepuasan ketika makan tu. hehehe.Bagi pendapat saya lah.

Setelah tamat SPM,saya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu KOLEJ MATRIKULAS PERAK dan kini saya menuntut ilmu di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM) dalam bidang ekonomi.Pasal cita2 saya?Semasa sekolah menengah dulu,saya tanam dalam diri saya nak jadi seorang akauntan. Saya tak tahu kenapa saya minat untuk jadi seorang akauntan sedangkan pada masa itu saya belajar dalam aliran sains dan saya tidak disentuh sedikit pun pasal perakaunan.Oleh kerana minat yang sangat mendalam kepada perakaunan,saya cabar diri saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini bermula dari matrikulasi.Memang mula2 saya menangis juga bila belajar ilmu ini kerana saay bermula dengan kosong dan banyak juga istilah perakaunan yang saya tidak faham. dan alhamdulilah sekarang saya sudah tahu serba sedikit pasal ilmu perakaunan ini. Saya cuma berdoa supaya cita2 saya tercapai suatu hari nanti.

tulus ikhlas,
syahanif

No comments:

Post a Comment