Monday 9 March 2015

SIAPA KITA?HAMBA ALLAH ATAU HAMBA HANDPHONE?

Realitinya begitulah, lepas solat selesai salam kedua,terus raba cari handphone,padahal tak ada benda penting pun. Atas alasan perjuangan,zikir diabaikan. Astaghfirullah..biarlah dengan handphone canggih2 menambah ketaatan kepada Allah s.w.t, bukan mengheret kita lalai kepada-Nya.

Ya Allah ampunilah dosa kami yang mempunyai handphone kerana kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah,kami lebih banyak pegang handphone daripada bertasbih,kami lebih banyak lihat handphone daripada lihat wajah ibu bapa,kami lebih banyak baca sms daripada baca al-quran, kami sering  menelefon kekasih daripada menelefon ibubapa.

Guru yang masyhur berkata;’ jika handphone itu menyebabkan kamu lalai hingga orang azan kamu masih dengannya, hingga ia menjadi permainan saat berada dalam majlis ilmu dihadapan gurumu,hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya, hingga zikir kamu berkurang kerana adanya ia, hingga al-quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu terlalu asyik dengannya, sedangkan kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu maka buanglah ia dalam hidupmu kerana ia adalah alat untuk kamu lalai disamping menjauhkan diri dari Tuhanmu.

Ya Allah ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini dan semoga hadphone yang kami miliki ini dapat di gunakan sebagai ibadah untuk lebih mendekatkan diri kepada Mu Ya Allah.
Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari tuhannya.Bukan salah handphone itu tetapi salah kamu kerana tidak dapat menjauhkan handphone daripada alat pada syaitan untuk menyesatkan kamu.


Akhir sekali, sama-sama kita muhasabah diri dan Tanya diri kita balik siapa kita dan adakah kita hamba Allah atau hamba handphone? Tepuk dada Tanya iman..

renungan sebelum tidur,
syahanif

No comments:

Post a Comment